Friday, May 16, 2008

DESIGN 1



rekabentuk facade keseluruhan bangunan ini lebih minimal dengan sedikit pengaruh "deconstruction". namun begitu saya masih lagi mengekalkan elemen persekitaran seperti kemasan "broken stone" yang terdapat byk di bangunan sekitar. Bukaan tingkap dan pintu lebih simple untuk memastikan kessuaian bahagian dalam rumah. Terdapat banyak open deck dimana ianya bisa menempatkan tanaman pokok hijau yang akan berfungsi sebagai filter dan ruang santai.
Secara amnya rekabentuk ini lebih kepada pembahagian ruang yang lebih sempurna, mesra alam dan penjimatan ruang.

DESIGN 1


bentuk tapak segitiga memaksa bentuk yang lebih dinamik digunakan sebagai asas rekabentuk rumah ini.Ruang Lantai yang lebih maksimum berbanding luas tapak. Ruang ruang bucu juga digunakan sebagai ruang kedua.
Pembahagian ruang dibuat secara vertikal berbanding dengan konvensional (mendatar).Terdapat banyak ruang terbuka ditingkat atas untuk memastikan pengudaraan yang lebih sempurna dan pemandangan yang luas.

Thursday, May 15, 2008

SITE PHOTO




Tuesday, May 13, 2008

SECOND FLOOR


Tingkat 2 terdapat sebuah bilik tidur utama yang besar, Ruang TV dan juga sky garden.
Pengasingan ruang bertingkat ini lebih privasi dimana aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Kedudukan Tangga yang juga berfungsi sebagai corong udara dapat membantu meng"circulate" udara panas terus naik keatas dan ini menghasilkan ruang yang lebih ber"pengudaraan".

FIRST FLOOR


Bahagian Tingkat 1 bangunan memuatkan 1 Ruang tamu/Keluarga lengkap dengan open landscape/hardscape deck. Ruang santai keluarga terbuka di tingkat atas dapat menyediakan ruang rehat yang terbuka dan bisa memuatkan ruang permainan anak2 yang lebih selamat dalam pantauan ahli keluarga. Terdapat 2 bilik di tingkat ini untuk anak lelaki dan perempuan.

GROUND FLOOR


Bentuk Tapak segitiga menyukarkan pembahagian ruang secara efisyen.(rujuk rekabentuk dalaman).Grid diubahsuai untuk ubahsuai/tambahan ruang pada masa akan datang.
Kedudukan tangga yang bersifat "core"dan berada di tengah rumah memudahkan lagi pembahgian ruang dan sirkulasi. Lounge sebagai Living kecil dimana tetamu2 biasa berkumpul.Ruang Dapur dan Ruang makan bersedia untuk ditambah apabila "CF" telah dikeluarkan oleh Akitek/DBKL.
Ruang hadapan memuatkan 1 buah tempat letak kereta sahaja kerana ruang yang terhad. Walaubagaimanapun ruang TLK spare terdapat di bahagian kiri bangunan

LOCATION PLAN

terletak di pusat Bandar Kuala Lumpur. Melalui Jalan Tun Razak, Menara Marinara, Bangunan Celcom. Kemudian Belok Kiri di Jalan Maktab (UTM)Semarak. Kawasan persekitaran adalah kawasan banglo lama. (70s)Kedudukan tapak yang berada di simpang 3 Jalan Kent 1 dan Jalan Kent3 memaksa bahagian hadapan diserongkan supaya dapat mengurangkan impak dari jalan kent 1. (rujuk elemen "chi"..fengshui master)

Kedudukan pintu masuk menghadap ke utara. sisi kanan dan kiri terlindung dari pancaran terik matahari dan petang kedudukan sisi yang menyerong dapat mengurangkan panahan cahaya matahari secara terus.